Merdeka

In: General

30 Aug 2005 4:46 pm

Hai kekawanku. Sempena semangat ulangtahun kemerdekaan tanah air tercinta (ntah ikhlas ke tak) kali ke-48, blogger-blogger (perkataan yang tiada dalam Kamus Dewan sebab diorang ketinggalan dalam arus kemodenan) serantau Subang (dan mungkin se-negara), yang I rasa mula-mula dicadangkan oleh kakak Shawn, telah mengambil keputusan untuk mem-blog dalam Bah’sa Melayu. Fulamak.

Sorry lah kalau di-pasarkan sikit, sebab kekok nak tulis ngan betul.

Lepas lebih kurang pukul 10 malam tadi (tuisyen dah habis), kitorang duduk kereta Shawn ke mamak Tanjung di USJ 9. Dahlah takde TV..rosak rancangan nak nyanyi ramai-ramai sambil memalukan diri sendiri lagu Negaraku waktu tengah malam. Tak kurang 10 minit datanglah semua ramai-ramai..si Jessica, Esther, Justine, Sarah, Ryui Bynn, Suet Li, Barry, ngan orang lain yang aku tak berapa kenal.

Boleh tahan lah tadi.. kalau nak katakan puas tak lah puas sangat sebab ada yang terpisah pergi meja lain.. ingatkan boleh sembang dalam satu group. Ni pulak macam berkonfrentasi. Ada juga ahli-ahli Wanita Lame MCA yang dianggotai oleh Suet Li dan Esther yang berbuat lawak untuk bersaing dengan si Swee Beng (ntah eja betul ke tak).

Kesian si Barry.. senyap je sambil bermuka ngan aku macam nak kata “SELAMATKAN AKU!!” Hahaha.

‘pas tu ngan bersempit-sempit dalam kereta Myvi Ah Yen, kitorang pun pulang..sambil berhenti tepi jalan pergi melacurkan kamera (camwhore) di jamban. Betul nih! Dapat dibuktikan dalam gambar-gambar yang tertera di bawah, tapi tolonglah jangan sampai ke tangan paparazzi. Tak elok untuk publisiti para bintang terkemuka masa depan.


Anyway, kalau tulis ttg merdeka mestilah serius sikit kan. Ni persoalan yang diajukan oleh Jessica, “Mengapa kamu bangga jadi warga Malaysia?”

Apsal hah. Kalau dulu aku mesti bangga giler-giler..sekarang semangat tak beruap-ruap lagi. Sebab tu ambil masa lama nak pikir bebaik.

- Malaysia..aman lah. Nasib baik tak macam Indonesia ke..Filipina ke..kestabilan politik macam angin taufan Katrina.

- Makanan yang pelbagai.

- Perpaduan kaum. Adalah kekadang rakan-rakan yang buat komen racist tapi apa nak buat. Aku dulu masa sekolah rendah kawan Melayu jauh lebih banyak drpd kawan Cina. Tapi..masa sekolah menengah..kebykan dah berhijrah pergi sekolah asrama. Haih.

- Kalau aku takde di M’sia..tak bersekolah di u8… tak mungkin dapat jumpa rakan-rakan sebaik yang aku ada skrg. Tak dapat imaginelah.. spt sajak Inggeris karya Robert Frost, “Jalan yang Tidak Diambil”.

Dua jalan bercabang di hutan kuning,
Dan maaf sebab tak dapat melancong di kedua-duanya,
Dan menjadi satu pelancong, lama aku berdiri,
Dan lihat bawah satu selama yang aku mungkin,
Di mana ia membengkok di dalam semak.

Dan ambil jalan yang satu lagi, putih juga,
Dan mungkin juga tuntutan yang lebih baik,
Tapi untuk itu, berjalan di sana,
Meletihkan mereka sama juga.

Dan kedua-duanya pada pagi sama-sama berbaring
Dalam dedaun tiada tapak yang pijak hitam.
Oh, saya tanda pertama untuk satu hari lagi!
Tapi tidak pasti macam mana cara membimbing ke cara
Tidak pasti saya patut balik atau tidak.

Saya patut memberitahu ini dengan keluhan,
Di mana masa dan masa oleh itu;
Dua jalan bercabang di dalam hutan, dan saya,
Saya ambil jalan yang kurang dilancong,
Dan itulah yang menjadikannya semua perbezaan.

Untuk karya tulen dalam Bahasa Inggeris, klik sini.

Aku ni sebenarnya suka tinggal di Malaysia..tapi banyak perkara yang tidak dilaksanakan ngan elok sampai kucar-kacir jadinya.

Ambil sistem pendidikan kitorang. Terlalu berorientasikan peperiksaan..dah lama kitorang adu takde sape yang dengar. Ada ke patut kitorang pentingkan A sangat?

Nak ambil contoh terbaik..cuba jeling kat Nur Amalina yang hebah sekali ngan 17A1 nyer. Ada tak manusia yang siuman cuba ambik subjek sebanyak tu? Tu boleh kitorang katakan perbuatan orang yang takde nyawa (no life).

Ambik subjek Perdagangan, Sains (ni subjek untuk pelajar-pelajar Arts)..dan macam-macam yang kurang senonoh lagi. Logik ke tak? Kalau dia tak pasti sangat hala tuju dia..takpela nak ambik sampai 30 pon, gerenti gagal (melainkan ada orang yang lebih kurang siuman). Tapi yang masalahnya dia pasti sangat nak jadi gynae. Cita-cita tinggi. Objektifnya nak tengok faraj perempuan (ni dipetik dari blog Suet Li, tiada kesalahan! [no offence!])..nak tengok sangat jadilah tukang bidan ke.. les ke..

Aku bukan dengki (adalah sikit kut), tapi yang lagi menjadi masalahnya..sebab sejuta ibu bapa serantau lah..nak jadikan dia sebagai teladan. Teladan apa? Nak stress sampai gila?

Kesian tul lah aku tengok si Bazlin ni. Sampai serius sangat nak ambik ntah apa MRI scanning lah.. tiub-tiub sambung kat kepala.. besar kemungkinan jugak tak dapat ambik SPM tahun ni. Takde apa2 yang boleh kitorang buat..doakan sajalah kesihatan dia.

Yang paling membengangkan ialah subjek Moral. Cinta akan negara. Dah bagi takrifan siap-siap lagi..kena hafal pulak tu. “Perasaan sayang dan bangga kepada negara, serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.” Boleh ke kitorang jadi patriotik lepas dipaksa hafal benda-benda tak guna macam tu? Tolonglah wahai Menteri Pelajaran yang sepatutnya bijaksana.

Aku rela ambik Bible Studies baca kitab Kristian sambil menghafal benda-benda yang mungkin lebih berguna spt ayat-ayat suci. Contoh situasi Isu Kasut Januari 2005:

Kak Ruby: AKU KATA TAK BOLEHHHH PAKAI HIGH-HEELS! Pi ah..pakai kasut pump macam aku.
Jessica: Oi pundek. “Sayeth the Lord, ‘For I have given you free will, freedom to wear as you please, thy shall seek not nor receive conservativeness of the Devil.’” JonathanLohWeeLee Surah 6, Ayat 18.

Tiada kesalahan untuk para penganut Kristian!

Untuk menunjukkan betapa semangatnyer aku masa dulu, aku sempat lagi karang sajak masa PMR Trials 20 Ogos 2003, 1:40p.m. Ni betul nih, sebab aku jumpa pulak sajak ni ngan butir2nya masih hidup lagi dalam laman web lama aku.


Erti Merdeka

Kebebasan bukanlah mutlak,
Kebebasan bukanlah sementara.
Apakah erti merdeka?
Suatu yang murni dan jitu,
Di bawah pentas kehidupan semua,
Di mana kita tidak lagi gentar,
Di mana kita mampu menyusuli hidup,
Di mana kita bebas bergembira,
Sambil menghargai jasa perwira merdeka,
Itulah erti merdeka.

Boleh tahan lah kan? Kalau nak fikir bebaik, memang patut syukurlah kitorang tak hidup dalam ketakutan..takde makanan..makan ubi kentang aje..cuba bayangkan Shawn ke. Gerenti slim terus macam aku.

Setakat ni saja rasanyer. Takde ‘pape nak tambah dah.

Selamat harijadi, Malaysia.

9 Thoughts to Merdeka

Avatar

hL

August 31st, 2005 at 2:49 am

HAHAHA..oMG..jon’s quote damn CHUN HAHAHA

Avatar

expectation

August 31st, 2005 at 10:23 am

hahahahahhahahahah ketawa terbahak-bahak sampai kahak keluar sekali
ini sangat sangat kelakarlah! post kamu yang terkelakar. HAHAHAHA itu quote manyak chun! Itu sajak pun. haha!

Avatar

exp

August 31st, 2005 at 10:32 am

  • post
    * quote

    apasal itu html tak boleh punya. cinapek betul.

Avatar

Clem

August 31st, 2005 at 12:52 pm

hl: jon. XD

suet: haha kan dah tulis kat sini..kod html yang boleh guna cuma b, i, dan a. :p

Avatar

Shireen K

August 31st, 2005 at 1:19 pm

HRMMMMMMM. FAILED… BAHASA TERLALU REMPIT!!!!!!!!!!

Avatar

Clem

August 31st, 2005 at 4:01 pm

haha biarla XD

Avatar

*kak*

August 31st, 2005 at 4:21 pm

oi..apa pundek pundek hah?!?

banyak chun lah lu punya bM. fuyoh sampai bersajak-sajak, hebatlah.

ini entry sangat kelakar..hahaha..bagus bagus, inilah semangat ke-malaysia-an..

Avatar

Clem

August 31st, 2005 at 10:20 pm

XD

trimas! (bahasa ala rempit yg boleh dijumpai dalam majalah2 melayu – maksudnya: terima kasih)

Avatar

JaMeZ

September 1st, 2005 at 3:03 pm

wei… bahasa man lu angkut ah?...
hahah damn chun lah ur blog hahaa :P

Comment Form

Clem


- demands a string of hearts, several seasoned travellers, and two pairs of sloppy sandals. More »

e-mail: saigoheiki[at]gmail[dot]com

Plurk

  • Daniel Chiam: I love Meeples too and I love board game even more. There is also another board game cafe opened in [...]
  • annie: can you help me to do a research paper about to addiction to dota...pls... [...]
  • Clem: I'm not too sure if there's an easier way or not, but it IS pretty tough to climb for first-time cli [...]
  • Irlene: wow..did u guys took the harder way to get up the hill or is all the same? im checking out this pla [...]
  • Alvin Kuan: It was last year so make that 2 years after. :P [...]

Now Reading

Now Watching

Planned movies:

Current movies:

  • Tron Legacy

    Tron Legacy by Joseph Kosinski

Recent movies:

View full Library

Last referers

Online Visitors